Layari rangkaian anda untuk peranti AVB dalam Persediaan MIDI Audio pada Mac
Anda boleh menyambungkan peranti penyambung audio video (AVB) ke rangkaian Ethernet anda dan guna Pelayar Peranti Rangkaian dalam Persediaan MIDI Audio untuk melayarinya. Hanya satu komputer boleh bersambung ke peranti AVB pada satu masa.
Sebelum anda bermula, pastikan anda disambungkan ke rangkaian Ethernet anda.
Buka Persediaan MIDI Audio untuk saya
Dalam app Persediaan MIDI Audio pada Mac anda, pilih Tetingkap > Tunjukkan Pelayar Peranti Rangkaian.
Dalam tetingkap Pelayar Peranti Rangkaian, pilih kotak semak untuk peranti yang anda mahu gunakan.
Jika banyak peranti disenaraikan, anda boleh mengisih senarai atau mencari peranti yang anda mahu gunakan.
Apabila anda memilih peranti, Pelayar Peranti Rangkaian memaparkan keupayaannya, seperti audio, video dan MIDI. Peranti disenaraikan dalam tetingkap Peranti Audio dan boleh disediakan seperti sebarang peranti lain.
Untuk memutuskan sambungan peranti, nyahpilih kotak semak dalam tetingkap Pelayar Peranti Rangkaian.