Layari rangkaian anda untuk peranti AVB dalam Persediaan MIDI Audio pada Mac
Anda boleh menyambungkan peranti penyambung audio video (AVB) ke rangkaian Ethernet anda dan guna Pelayar Peranti Rangkaian dalam Persediaan MIDI Audio untuk melayarinya. Hanya satu komputer boleh bersambung ke peranti AVB pada satu masa.
Sebelum anda bermula, pastikan anda disambungkan ke rangkaian Ethernet anda.
Buka Persediaan MIDI Audio untuk saya
Dalam app Persediaan MIDI Audio pada Mac anda, pilih Tetingkap > Tunjukkan Pelayar Peranti Rangkaian, kemudian lakukan salah satu yang berikut:
Jika AVB didayakan: Teruskan ke langkah 5.
Jika AVB tidak didayakan: Teruskan ke langkah seterusnya.
Klik Bantu Saya, kemudian klik Rangkaian dalam Keutamaan Sistem (jika perlu).
Klik Lanjutan, klik Perkakasan, kemudian pilih kotak semak Mod AVB/EAV.
Jika kotak semak malap, klik menu timbul Konfigurasi, pilih Secara Manual, kemudian pilih kotak semak AVB/EAV.
Klik OK, klik Guna, kemudian tutup Keutamaan Sistem.
Dalam Persediaan MIDI Audio, dalam tetingkap Pelayar Peranti Rangkaian, pilih kotak semak untuk peranti yang anda mahu gunakan.
Jika banyak peranti disenaraikan, anda boleh mengisih senarai atau mencari peranti yang anda mahu gunakan.
Apabila anda memilih peranti, Pelayar Peranti Rangkaian memaparkan keupayaannya, seperti audio, video dan MIDI. Peranti disenaraikan dalam tetingkap Peranti Audio dan boleh disediakan seperti sebarang peranti lain.
Untuk memutuskan sambungan peranti, nyahpilih kotak semak dalam tetingkap Pelayar Peranti Rangkaian.