Fahami sesetengah perbezaan dalam Akses Bantu pada iPad
App Akses Bantu telah direka bentuk semula untuk kebolehcapaian kognitif dan menyertakan teks dan ikon yang lebih besar, ciri yang lebih difokuskan dan pilihan yang boleh disesuaikan. Tambahan, sesetengah ciri berfungsi secara berbeza dalam Akses Bantu—halaman ini menerangkan sesetengah aspek penting pengalaman Akses Bantu.
Keizinan akses app
Untuk meminimumkan menu timbul semasa menggunakan iPad, app tidak akan meminta keizinan untuk mengakses maklumat seperti lokasi, foto dan kenalan. Sebaliknya, anda mempunyai pilihan untuk mengesetkan keizinan akses untuk app apabila anda menyediakan Akses Bantu. Untuk menyemak atau menukar keizinan app, anda mesti keluar daripada Akses Bantu dan pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Akses Bantu atau Seting > [nama app]. Anda juga perlu keluar daripada Akses Bantu dan kembali ke Seting untuk memasang Kemas Kini Perisian baharu, kerana tiada app Seting atau pemberitahuan dalam Akses Bantu yang menunjukkan sama ada kemas kini tersedia.
Privasi dan maklumat peranti
Sesetengah maklumat privasi app, ikon status dan simbol tidak tersedia dalam Akses Bantu, termasuk yang menunjukkan ketersediaan rangkaian, Mod Pesawat, Fokus atau Bluetooth®, atau apabila app atau tapak web menggunakan Perkhidmatan Lokasi. Anda boleh keluar daripada Akses Bantu untuk melihat maklumat ini.
Panggilan dan mesej
Apabila anda menyediakan Panggilan untuk Akses Bantu, anda boleh memilih untuk membenarkan panggilan masuk daripada semua orang, daripada semua kenalan dalam app Kenalan atau daripada kenalan dipilih sahaja. Jika anda membenarkan panggilan hanya daripada kenalan dalam app Kenalan atau kenalan khusus, anda mesti keluar daripada Akses Bantu untuk menerima panggilan daripada sesiapa yang tidak dibenarkan untuk menghubungi anda. Untuk panggilan keluar, anda mesti memilih kenalan khusus untuk membenarkan panggilan kepada mereka. Anda mesti keluar daripada Akses Bantu untuk membuat panggilan kepada sesiapa yang di luar senarai kenalan dipilih.
Apabila anda menyediakan Mesej untuk Akses Bantu, anda boleh memilih untuk membenarkan mesej masuk daripada semua orang, daripada semua kenalan dalam app Kenalan atau daripada kenalan terpilih sahaja. Jika anda membenarkan mesej hanya daripada kenalan dalam app Kenalan atau kenalan khusus, anda mesti keluar daripada Akses Bantu untuk menerima mesej daripada sesiapa yang tidak dibenarkan untuk menghubungi anda. Untuk mesej keluar, anda mesti memilih kenalan khusus untuk membenarkan mesej kepada mereka. Anda mesti keluar daripada Akses bantu untuk menghantar mesej kepada sesiapa yang di luar senarai kenalan dipilih.
Nota: Pilihan untuk menerima panggilan dan mesej daripada semua orang tersedia dalam iPadOS 17.1 atau lebih baharu.