Kabel yang anda boleh sambungkan ke stesen pangkalan AirPort anda
Jadual di bawah menerangkan jenis kabel yang digunakan dengan AirPort Extreme, AirPort Express dan AirPort Time Capsule.
Simbol port stesen pangkalan | Jenis kabel |
---|---|
10/100/1000Base-T Ethernet LAN Sambung komputer Ethernet setempat (komputer tanpa akses Internet) dan pencetak. | |
Universal Serial Bus (USB) Sambung pencetak USB supaya komputer yang bersambung kepada rangkaian AirPort dapat berkongsi pencetak. Jika stesen pangkalan anda menyokongnya, anda boleh sambungkan cakera keras USB yang serasi supaya komputer yang bersambung boleh mengakses cakera tersebut. Jika anda mempunyai hab USB, anda boleh sambungkan kedua pencetak dan cakera keras. | |
10/100/1000Base-T Ethernet WAN Sambung modem DSL atau kabel atau sambung ke rangkaian Ethernet yang sedia ada dengan akses Internet. | |
Penyesuai kuasa Sambung satu hujung ke penyesuai kuasa stesen pangkalan ke port ini dan hujung yang satu lagi ke saluran keluar elektrik. | |
Kabel audio Port ini digunakan untuk menyambungkan speaker ke Stesen Pangkalan AirPort Express. |