
Tukar nama, kata laluan dan seting keselamatan rangkaian Wi-Fi anda dalam Utiliti AirPort pada Mac
Anda boleh mengubah nama, kata laluan dan seting keselamatan rangkaian wayarles anda dengan mudah.
Tukar nama dan kata laluan
- Buka app Utiliti AirPort  pada Mac anda, terletak dalam folder Utiliti dalam folder Aplikasi. pada Mac anda, terletak dalam folder Utiliti dalam folder Aplikasi.
- Dalam gambaran keseluruhan grafik, pilih stesen pangkalan yang anda mahu konfigurasi, kemudian klik Edit. Anda mungkin perlu masukkan kata laluan untuk stesen pangkalan. 
- Klik Wayarles. 
- Lakukan mana-mana antara yang berikut: - Tukar nama rangkaian Wi-Fi: Masukkan nama baharu dalam medan Nama Rangkaian Wayarles. 
- Tukar kata laluan: Masukkan kata laluan baharu dalam medan Kata Laluan Wayarles dan Sahkan Kata Laluan. 
 - Petua: Pastikan anda memberikan rangkaian wayarles anda nama yang mudah dikenal pasti dan kata laluan yang kukuh. Lihat Petua untuk mencipta kata laluan selamat. 
- Jika anda mahu kata laluan Wi-Fi diingati dalam rantai kunci macOS anda, pilih “Ingat kata laluan ini dalam rantai kunci saya.” 
- Untuk menyimpan perubahan anda, klik Kemas Kini. - Nota: Jika anda tidak klik Kemas Kini dalam masa lima minit selepas mereset stesen pangkalan, ia kembali ke kata laluan sebelumnya secara lalai. 
Tukar seting keselamatan
- Buka app Utiliti AirPort  pada Mac anda, terletak dalam folder Utiliti dalam folder Aplikasi. pada Mac anda, terletak dalam folder Utiliti dalam folder Aplikasi.
- Dalam gambaran keseluruhan grafik, pilih stesen pangkalan yang anda mahu konfigurasi, kemudian klik Edit. Anda mungkin perlu masukkan kata laluan untuk stesen pangkalan. 
- Klik Wayarles. 
- Klik menu timbul Keselamatan Wayarles, kemudian pilih kaedah keselamatan. - Tiada: Pilihan ini menjadikan rangkaian anda tidak selamat; sebarang peranti mungkin sertai rangkaian ini dan komunikasi wayarles tidak disulitkan. 
- WPA/WPA2 Peribadi: Jika peranti yang hanya menyokong WPA akan menggunakan rangkaian wayarles anda, pilih pilihan ini. 
- WPA2 Peribadi: Dalam kebanyakan situasi, ini ialah seting keselamatan yang dicadangkan. 
 - Nota: Pilihan keselamatan bertaraf perusahaan adalah dicadangkan untuk penggunaan perusahaan sahaja. 
- Untuk menyimpan perubahan anda, klik Kemas Kini. - Nota: Jika anda tidak klik Kemas Kini dalam masa lima minit selepas mereset stesen pangkalan, ia kembali ke seting sebelumnya secara lalai.