Sediakan pasukan dan liga kegemaran anda

Setelah anda memasang app Apple Sports, anda digesa untuk menyediakan dan menyelaras ke Sukan Saya dengan memilih pasukan dan liga kegemaran anda.
Jika anda telah menyediakan Sukan Saya dalam app News
atau app Apple TV
dan mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama, pasukan dan liga anda diselaraskan secara automatik dengan app Apple Sports dan kelihatan apabila anda membukanya.
Sediakan pasukan dan liga kegemaran anda dalam app Apple Sports
Pergi ke app Apple Sports
pada iPhone anda, kemudian ketik Mulakan.Lakukan mana-mana daripada berikut:
Gunakan Carian: Ketik medan carian, masukkan atau rencanakan istilah carian, kemudian ketik
di sebelah pasukan atau liga yang anda mahu ikuti.Pilih liga: Ketik liga untuk melihat skor hari ini, kemudian ketik
di sebelah liga yang anda mahu ikuti.Pilih pasukan: Ketik liga, kemudian ketik
di sebelah pasukan yang anda mahu ikuti.
Apabila anda sudah selesai, ketik Selesai.
Untuk membuat perubahan kemudian dalam app Apple Sports, ketik butang menu di penjuru kanan atas, kemudian ketik Edit (lihat Urus Sukan Saya dalam app Apple Sports).
Apabila anda menambah atau mengeluarkan kegemaran, ia diselaraskan dengan Sukan Saya merentas News, Apple TV dan app lain yang disokong, serta merentas peranti lain yang didaftar masuk ke Akaun Apple yang sama, seperti iPad, Mac dan Apple TV.
Sediakan pasukan dan liga kegemaran anda dalam app News atau app Apple TV
Jika anda menyediakan dan mengurus Sukan Saya dalam app News
atau app Apple TV
, pasukan dan liga kegemaran juga kelihatan dalam app Apple Sports
.
Lakukan mana-mana yang berikut:
Sediakan Sukan Saya dalam app News: Ikut arahan untuk app News dalam Panduan Pengguna iPhone.
Sediakan Sukan Saya dalam app Apple TV: Ikut arahan untuk app Apple TV dalam Panduan Pengguna iPhone.
Untuk membuat perubahan kemudian dalam app Apple Sports, ketik butang menu di penjuru kanan atas, kemudian ketik Edit. Lihat Urus Sukan Saya dalam app Apple Sports.