Gunakan Siri untuk memainkan muzik dalam Apple Music Classical pada iPhone dan iPad
Anda boleh menggunakan Siri untuk mengawal main balik muzik pada iPhone dan iPad anda dalam Apple Music Classical. (Tidak tersedia untuk Android.)
Aktifkan Siri, kemudian buat permintaan anda. Anda boleh menggunakan Siri melalui pelbagai cara:
Mainkan muzik daripada komposer kegemaran anda: Sebutkan, sebagai contoh, “Mainkan muzik oleh Mozart”.
Fokus pada zaman khusus: Sebutkan sesuatu seperti “Mainkan Baroque”.
Mainkan hasil kerja khusus: Sebut “Mainkan Piano Concerto No. 5 Beethoven”.
Mainkan muzik yang menampilkan instrumen khusus: Sebut “Mainkan muzik selo“.