Nombor Penjual Semula
Nombor Penjual Semula ialah pengecam unik bagi setiap Penjual Semula Berdaftar Apple atau pembawa selular berdaftar yang mengambil bahagian dalam Apple Business Manager. Apabila anda menambahkan Nombor Penjual Semula Berdaftar Apple atau Nombor Penjual Semula pembawa yang mengambil bahagian pada profil akaun anda (dan anda memberi penjual semula tersebut ID Organisasi anda), anda membenarkan penjual semula itu menyerahkan peranti yang anda beli melalui mereka kepada Apple supaya nombor siri mereka muncul dalam Apple Business Manager.
Jika anda tidak mengetahui Nombor Penjual Semula bagi Penjual Semula Berdaftar Apple anda atau pembawa selular berdaftar anda yang mengambil bahagian, hubungi mereka untuk mendapatkan bantuan.