Lihat dan uruskan app yang dibeli dalam App Store pada Mac
Anda boleh melihat app yang anda beli menggunakan Apple ID anda dalam senarai Dibeli pada mana-mana komputer Mac anda. Jika anda tidak mahu app tertentu muncul dalam senarai itu, anda boleh sembunyikannya. Anda juga boleh nyahpasangkan app yang anda tidak perlukan lagi.
Lihat app dibeli
Dalam App Store pada Mac anda, klik nama anda di penjuru kiri bawah, atau klik Daftar Masuk jika anda belum berbuat demikian.
Akaun anda muncul dengan semua app dibeli anda.
Sembunyikan dan tunjukkan app
Dalam App Store pada Mac anda, klik nama anda di penjuru kiri bawah, atau klik Daftar Masuk jika anda belum berbuat demikian.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Sembunyikan app dibeli: Tahan penuding ke atas app, klik butang Tunjukkan Lagi , kemudian pilih Sembunyikan Pembelian.
Lihat app tersembunyi: Klik Lihat Maklumat. Dalam tetingkap yang muncul, klik Uruskan, kemudian klik Nyahsembunyi di bahagian kanan app yang anda mahu tunjukkan. Apabila anda sudah selesai, klik Selesai.
Nyahpasang app
Nota: Anda tidak boleh menyahpasangkan app yang sebahagian daripada macOS, seperti Safari dan Mail.
Pada Mac anda, seret app daripada folder Aplikasi ke Sampah (terletak di hujung Dock), kemudian pilih Finder > Kosongkan Sampah.
Untuk mengetahui cara menyapasang menggunakan penyahpasang app, lihat Pasang dan nyahpasang app.