![](https://help.apple.com/assets/5C48FCD0680CE28A3BB7A4BC/5C48FCD2680CE28A3BB7A4C7/ms_MY/13f0f6aade466ed64729dcd97a3a2417.png)
Tukar keutamaan App Store pada Mac
Lihat cara App Store mengemas kini app anda. Untuk menukar keutamaan ini dalam App Store pada Mac anda, pilih App Store > Keutamaan.
Kemas Kini Automatik | Jadikan Mac anda untuk menyemak muat turun dan memasang kemas kini secara automatik. |
Muat turun app dibeli pada komputer Mac lain secara automatik | Jadikan Mac anda untuk memuat turun app yang anda telah beli daripada App Store pada komputer Mac lain. Anda mesti mendaftar masuk ke App Store dengan Apple ID yang sama yang anda gunakan untuk membeli app. |
Main Auto Video | Jadikan Mac anda untuk memainkan video pratonton app dengan bunyi tidak aktif secara automatik. |
Penilaian & Ulasan In-App | Biar app meminta maklum balas anda. |
Muat Turun Percuma | Pilih sama ada Mac anda memerlukan kata laluan untuk menerima muat turun percuma. |
Pembelian dan Pembelian in-app | Jadikan Mac anda sentiasa memerlukan kata laluan untuk pembelian in-app, atau membenarkan pembelian untuk selang 15 minit selepas kata laluan dimasukkan dan kemudian memerlukan kata laluan semula selepas itu. |