Laraskan seting mod pendengaran pada AirPods 4 (ANC), AirPods Pro atau AirPods Max
Pada AirPods 4 dengan Pembatalan Bunyi Aktif (ANC), AirPods Pro dan AirPods Max, anda boleh menyekat bunyi luaran dengan pembatalan bunyi. Pada AirPods 4 (ANC) dan AirPods Pro, anda juga boleh melaraskan seting untuk membenarkan pembatalan bunyi dalam satu telinga.
Anda boleh mengaktifkan Kelantangan Diperibadikan dengan AirPods 4. Dengan AirPods 4 (ANC), AirPods Pro 2, AirPods Pro 3 dan AirPods Max 2, anda boleh mengaktifkan Kelantangan Diperibadikan dan Kesedaran Perbualan.
Kelantangan Diperibadikan membantu anda melaraskan kelantangan media untuk anda dengan mempertimbangkan keadaan persekitaran anda dan keutamaan kelantangan sistem anda dari semasa ke semasa.
Kesedaran Perbualan menjadikannya lebih mudah untuk berinteraksi dengan orang berdekatan. Apabila anda mula bercakap, Kesedaran Perbualan mengurangkan kelantangan media anda secara automatik dan meningkatkan suara di hadapan anda, sementara mengurangkan bunyi latar belakang.
Benarkan pembatalan bunyi dalam satu telinga
Anda boleh membenarkan pembatalan bunyi dalam satu telinga dengan AirPods Pro dan AirPods 4 (ANC).
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke app Seting
, kemudian ketik Kebolehcapaian. Ketik AirPods, ketik AirPods anda, kemudian aktifkan Pembatalan Bunyi dengan Satu AirPod.Apple Watch: Pergi ke app Seting
, kemudian ketik Kebolehcapaian. Ketik AirPods, ketik nama AirPods anda, kemudian aktifkan Pembatalan Bunyi dengan Satu AirPod.Mac: Pergi ke app Seting Sistem
, klik Kebolehcapaian
dalam bar sisi, kemudian klik Audio (anda mungkin perlu skrol ke bawah). Klik nama AirPods anda, kemudian aktifkan Pembatalan Bunyi dengan Satu AirPod.Apple TV 4K atau Apple TV HD: Pergi ke app Seting
, kemudian pilih Kebolehcapaian. Pilih AirPods, kemudian aktifkan Pembatalan Bunyi dengan salah Satu AirPods anda.
Gunakan Kelantangan Diperibadikan atau Kesedaran Perbualan
Nota: Kesedaran Perbualan hanya tersedia pada AirPods 4 (ANC), AirPods Pro 2, AirPods Pro 3 dan AirPods Max 2:
Pakai AirPods 4 (ANC), AirPods 2, AirPods Pro 3 atau AirPods Max 2 anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke app Seting
, ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin, kemudian aktifkan Kelantangan Diperibadikan atau Kesedaran Perbualan.Mac: Pergi ke app Seting Sistem
, klik nama AirPods anda dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah), kemudian aktifkan Kelantangan Diperibadikan atau Kesedaran Perbualan.
Nota: Di sesetengah negara atau rantau, anda juga mungkin mempunyai pilihan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Pengurangan Bunyi Kuat. Pengurangan Bunyi Kuat mengurangkan bunyi lantang di sekeliling anda secara automatik untuk pendengaran yang lebih selesa (tersedia dengan AirPods Pro 2, AirPods Pro 3 dan AirPods Max 2 pada iPhone atau iPad).
Apabila Kesedaran Perbualan diaktifkan, kelantangan media direndahkan semasa anda mula bercakap; jika anda sedang mendengar media bercakap, seperti podcast, media dijedakan selepas beberapa saat. Media kekal pada kelantangan rendah (atau dijedakan) selama perbualan anda berterusan dan kembali ke paras sebelumnya selepas perbualan anda terhenti. Untuk mengakhiri perbualan secara manual (contohnya, jika orang sedang berbual di sekitar anda, tetapi anda bukan sebahagian daripada perbualan), tekan dan tahan batang.
Anda juga boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Kesedaran Perbualan dalam Pusat Kawalan pada iPhone atau iPad. Sentuh dan tahan kawalan kelantangan, kemudian ketik Kesedaran Perbualan.
Benarkan lebih banyak atau kurang hingar semasa menggunakan Audio Adaptif
Audio Adaptif bertindak balas kepada persekitaran anda dan membatalkan atau membenarkan bunyi di sekitar anda. Anda boleh menyesuaikan Audio Adaptif untuk membenarkan lebih atau kurang bunyi.
Nota: Audio Adaptif tersedia dengan AirPods 4 (ANC), AirPods Pro 2, AirPods Pro 3 dan AirPods Max 2.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke app Seting
, ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin, kemudian ketik Audio Adaptif.Mac: Pergi ke app Seting Sistem
, kemudian klik nama AirPods anda dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu menskrol ke bawah).
Seret gelangsar Sesuaikan Audio Adaptif atau Audio Adaptif untuk melaraskan bunyi yang dibenarkan.
Untuk menggunakan Audio Adaptif, lihat Bertukar antara mod pendengaran.
Gunakan Ketelusan dengan AirPods Pro 3
AirPods Pro 3 menawarkan pengalaman Ketelusan ditingkatkan yang memperibadikan dan menyesuaikan pemuatan AirPods Pro anda.
Untuk menggunakan mod Ketelusan, lihat Bertukar antara mod pendengaran.