Daftar masuk ke Akaun Apple anda

Anda boleh mendaftar masuk ke Akaun Apple anda untuk mengakses perkhidmatan Apple seperti Apple Music, Podcast, FaceTime, Apple Books dan banyak lagi. Jika anda tidak mempunyai Akaun Apple, anda boleh mencipta satu.

  • iPhone atau iPad: Daftar masuk semasa persediaan atau pergi ke app Seting , ketik “Daftar masuk”, masukkan alamat e-mel atau nombor telefon Akaun Apple anda, kemudian masukkan kata laluan anda.

  • Mac: Daftar masuk semasa persediaan atau klik menu Apple  dan pilih Seting Sistem, kemudian klik “Daftar masuk” di bahagian atas bar sisi. Masukkan alamat e-mel atau nombor telefon Akaun Apple anda, kemudian masukkan kata laluan anda.

  • Apple TV: Pergi ke app Seting , pilih Pengguna dan Akaun, kemudian pilih Tambah Pengguna Baharu. Pilih Masukkan Baharu, kemudian ikuti arahan atas skrin.

  • Apple Watch: Daftar masuk semasa persediaan atau pergi ke app Seting , ketik “Daftar masuk”, masukkan alamat e-mel atau nombor telefon Akaun Apple anda, kemudian masukkan kata laluan anda.

Peranti Bluetooth® anda yang dipasangkan tersedia pada semua peranti yang anda daftar masuk ke Akaun Apple yang sama.

Lihat artikel Sokongan Apple Daftar masuk ke Akaun Apple anda.