Perlindungan Pendengaran
Perlindungan Pendengaran aktif membantu meminimumkan pendedahan anda kepada bunyi persekitaran kuat merentas mod pendengaran.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri Perlindungan Pendengaran, lakukan salah satu yang berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke app Seting
, kemudian ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin. Ketik Perlindungan Pendengaran, kemudian ketik Maklumat Keselamatan.
Mac: Klik menu Apple
, pilih Seting Sistem, kemudian klik nama AirPods anda dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah). Klik Kesihatan Pendengaran, kemudian klik Maklumat Keselamatan.