Jika mesej menyatakan "masalah pengebilan dengan pembelian sebelumnya" atau "pengesahan diperlukan"

Jika mesej ini muncul, anda mempunyai baki yang belum dibayar. Tukar kaedah pembayaran anda atau tebus kad hadiah dan gunakan baki untuk membayar sebarang pesanan yang belum dibayar.

Jika anda mempunyai baki yang belum dibayar

Jika anda melihat mesej yang menyatakan "masalah pengebilan dengan pembelian sebelumnya" atau "pengesahan diperlukan", anda mempunyai baki yang belum dijelaskan. Apple tidak dapat mengecaj kaedah pembayaran anda untuk pembelian sebelumnya. Sehingga anda membayar baki anda, anda mungkin tidak dapat:

  • Membuat pembelian baharu

  • Memuat turun aplikasi percuma

  • Menggunakan langganan

Selepas anda membayar baki tertunggak anda, anda boleh membuat pembelian baharu atau menggunakan langganan sekali lagi.

Bayar baki yang belum dijelaskan

Anda boleh membayar baki yang belum dijelaskan dengan mencuba semula pembelian anda, atau dengan menggunakan kaedah pembayaran yang baharu dan sah. Anda juga boleh membeli dan menebus Apple Gift Card atau Kad App Store.

Cuba kaedah pembayaran semasa anda sekali lagi

  1. Pada iPhone atau iPad anda, buka aplikasi Seting dan ketik nama anda.

  2. Ketik Payment & Shipping (Pembayaran & Pengiriman). Anda mungkin akan diminta untuk mendaftar masuk ke Akaun Apple anda.

  3. Ketik Fix Payment Information (Betulkan Maklumat Pembayaran).

  4. Ketik Try Again (Cuba Lagi) untuk mencuba semula pembelian anda.

Tukar kaedah pembayaran anda

  1. Tambahkan kaedah pembayaran baharu yang sah.

  2. Alih keluar kaedah pembayaran lama.

  3. Kaedah pembayaran baharu dicaj secara automatik.

Guna Apple Gift Card atau Kad App Store

  1. Beli Apple Gift Card atau Kad App Store.*

  2. Tebus kad hadiah untuk menambahkan dana pada Akaun Apple anda.

  3. Pada iPhone atau iPad anda, buka aplikasi Seting dan ketik nama anda.

  4. Ketik Media & Purchases (Media & Pembelian), kemudian ketik View Account (Lihat Akaun). Anda mungkin akan diminta untuk mendaftar masuk ke Akaun Apple anda.

  5. Ketik Sejarah Pembelian.

  6. Ketik pesanan dengan teks berwarna merah yang menyatakan Amaun Yang Perlu Anda Bayar.

  7. Ketik Bayar dengan Kredit Akaun Apple.

Selepas anda membayar pesanan yang belum dibayar, anda boleh membuat pembelian dengan baki Akaun Apple anda.

* Kad hadiah tidak tersedia di semua negara atau rantau.

Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga dan perkongsian pembelian dihidupkan

Kaedah pembayaran pengelola keluarga dikenakan untuk semua pembelian ahli keluarga, melainkan ahli keluarga yang membeli mempunyai kaedah pembayaran yang sah.

Jika anda pengelola keluarga

Jika anda atau ahli keluarga tidak dapat membuat pembelian, tukar kaedah pembayaran anda.

Jika anda bukan pengelola keluarga

Jika anda tidak dapat membuat pembelian:

Jika anda masih memerlukan bantuan

Jika anda masih tidak dapat menyelesaikan baki yang belum dibayar, hubungi Apple Support.

Tarikh Diterbitkan: