Cara membuat sandaran iPhone atau iPad anda dengan iCloud

Selepas anda membuat sandaran iPhone atau iPad anda, anda mempunyai salinan maklumat anda untuk digunakan sekiranya peranti anda diganti, hilang, atau rosak. Anda boleh membuat sandaran peranti anda secara manual, atau mengaktifkan Sandaran iCloud untuk memastikan peranti anda disandarkan secara automatik.

Jika anda mempunyai peranti dengan iOS 8 atau lebih awal, pelajari cara memastikan peranti dan data anda sentiasa disandarkan.

Sandarkan secara manual

  1. Sambungkan peranti anda ke rangkaian Wi-Fi.

  2. Buka app Tetapan, ketik nama anda, kemudian ketik iCloud.

    Skrin iPhone menunjukkan tetapan Apple ID, dengan iCloud disorot sebagai langkah seterusnya untuk menyandarkan peranti.
  3. Tekan Sandaran iCloud.

  4. Ketik Sandarkan Sekarang. Kekal bersambung ke rangkaian Wi‑Fi anda sehingga proses tamat. Di bawah Sandarkan Sekarang, tarikh dan masa sandaran terakhir anda ditunjukkan. Jika anda menerima makluman bahawa anda tidak mempunyai ruang storan iCloud yang mencukupi untuk melengkapkan sandaran, ikut arahan di skrin untuk beli lebih banyak storan iCloud.

    Skrin iPhone menunjukkan pilihan "Sandarkan Sekarang".

Sandarkan secara automatik dengan Sandaran iCloud

  1. Buka app Tetapan, kemudian ketik nama anda. Ketik iCloud, kemudian ketik Sandaran iCloud dan pastikan Sandarkan [Peranti] Ini aktif.

  2. Sambungkan peranti anda ke sumber kuasa.

  3. Sambung peranti anda ke rangkaian Wi-Fi.

  4. Pastikan skrin peranti anda dikunci.

  5. Jika anda mendapat pemberitahuan bahawa anda tidak mempunyai ruang storan iCloud yang mencukupi untuk melengkapkan sandaran, ikut langkah di skrin untuk beli lebih banyak storan iCloud.

Tarikh Diterbitkan: