Sambung kepada Wi-Fi pada iPhone atau iPad anda
Sambung peranti anda kepada rangkaian Wi-Fi yang tersedia, termasuk rangkaian awam, selamat dan yang pernah digunakan sebelum ini.
Sambung kepada rangkaian Wi-Fi
Pada skrin Utama anda, pergi ke Seting, kemudian ketik Wi-Fi.
Ketik untuk menghidupkan Wi-Fi. Peranti anda akan mencari rangkaian Wi-Fi yang tersedia secara automatik.
Ketik pada nama rangkaian Wi-Fi yang ingin anda sertai. Anda mungkin diminta untuk memasukkan kata laluan rangkaian terlebih dahulu, atau bersetuju dengan terma dan syarat. Jika anda tidak tahu kata laluan kepada rangkaian Wi-Fi, sila hubungi pentadbir rangkaian anda.
Cari di sebelah nama rangkaian dan pada penjuru atas sebelah kanan skrin anda. Ini bermakna anda berjaya disambungkan.

Dapatkan bantuan lanjut
Tarikh Diterbitkan: