Jika Siri pada HomePod anda menyatakan sambungan kepada internet tidak dapat dibuat
Jika Siri menyatakan "Saya menghadapi masalah untuk bersambung kepada Internet", HomePod anda tidak bersambung dengan Wi-Fi. Buka app Rumah untuk menyemak kekuatan isyarat dan sekiranya rangkaian Wi-Fi tidak sepadan.
Semak app Rumah untuk rangkaian tidak sepadan
Buka app Rumah pada iPhone, iPad atau Mac anda. Jika terdapat isyarat peringatan bahawa iPhone dan HomePod anda pada rangkaian Wi-Fi yang berbeza, sambungkan HomePod anda kepada rangkaian Wi-Fi yang sama dengan iPhone anda.
Ketik atau klik Lihat Butiran di bawah isyarat peringatan Rangkaian HomePod Tidak Sepadan.
Ketik atau klik Pindahkan HomePod ke [Rangkaian Wi-Fi].
Tunggu sehingga rangkaian Wi-Fi dikemaskinikan, kemudian cuba permintaan Siri anda sekali lagi.
Semak app Rumah untuk kekuatan isyarat Wi-Fi
Buka app Rumah pada iPhone, iPad atau Mac anda.
Ketik atau klik HomePod, kemudian ketik atau klik butang Seting .
Tatal ke bawah ke Rangkaian Wi-Fi. Penunjuk kekuatan isyarat Wi-Fi di sebelah nama rangkaian menunjukkan kekuatan sambungan anda. Untuk HomePod gandingan stereo, ketik Pembesar Suara, kemudian ketik HomePod untuk melihat penunjuk kekuatan isyarat Wi-Fi.

Penunjuk kekuatan isyarat Wi-Fi tidak disokong pada pembesar suara HomePod yang bersambung dengan rangkaian yang menyekat trafik rakan ke rakan, seperti sesetengah rangkaian terikat.
Jika isyarat Wi-Fi anda lemah
Jika penunjuk kekuatan isyarat menunjukkan , kekuatan isyarat Wi-Fi anda adalah lemah. Cuba dekatkan HomePod anda dengan penghala anda dan singkirkan kemungkinan sumber gangguan wayarles.
Jika HomePod tidak dapat disambungkan kepada Wi-Fi
Jika penunjuk kekuatan menunjukkan , HomePod tidak dapat bersambung kepada rangkaian Wi-Fi. Ketahui perkara yang perlu dilakukan jika HomePod mempunyai isu rangkaian atau tiada Internet.
Jika anda masih mengalami isu, hubungi Sokongan Apple.