Sediakan iPad anda untuk Servis Penggantian Ekspres
Selepas anda menjadualkan Servis Penggantian Ekspres*, anda akan mendapat kit yang mengandungi iPad gantian anda dan semua yang anda perlukan untuk menghantar kembali iPad asal anda.
Sebelum anda mengembalikan iPad anda yang asal
Sandarkan iPad anda:
Padamkan iPad anda untuk memadamkan maklumat peribadi anda dan mengalih keluar peranti daripada Akaun Apple anda: Dalam Seting, ketik Umum > Pindah atau Set Semula iPad, kemudian ketik Padam Semua Kandungan dan Seting. Anda perlu memasukkan kata laluan Akaun Apple anda untuk membuat pengesahan.
Jika anda mempunyai model iPad Wi-Fi + Cellular:
Jika iPad anda menggunakan SIM fizikal, keluarkan SIM tersebut.
Jika iPad anda menggunakan eSIM, hubungi pembekal wayarles anda bagi mendapatkan eSIM baharu untuk peranti gantian anda atau gantung perkhidmatan jika perlu.
Bungkus iPad anda yang asal
Kit Servis Penggantian Ekspres anda mengandungi semua yang anda perlukan untuk membungkus dan menghantar iPad anda yang asal kepada Apple, termasuk kotak yang digunakan untuk menghantar iPad gantian anda — sebuah kotak kecil untuk memasukkan peranti anda dan sebuah kotak pengiriman yang lebih besar untuk membungkus kotak kecil.
Jangan sertakan barang lain dalam kotak — seperti sarung iPad, penyesuai kuasa, kabel atau aksesori lain. Jika anda menyertakan item tambahan dalam kotak, item tersebut tidak akan dikembalikan.
Masukkan iPad anda yang asal ke dalam kotak kecil berwarna putih atau semula jadi yang digunakan untuk menghantar iPad gantian anda.
Letakkan kotak kecil di dalam kotak pengiriman lebih besar yang dihantar kepada anda. Jika terdapat pelekat bateri yang ditampalkan di bahagian luar kotak, pastikan pelekat itu tidak dilitupi pita atau label pengiriman.
Kirim iPad anda yang asal kepada Apple
Untuk mengaturkan masa bagi kurier mengambil iPad anda, hubungi Perkhidmatan Pelanggan GD Express Malaysia di talian 03-64195003 (Isnin hingga Jumaat dari jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang atau Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari.)
Beritahu perkhidmatan pelanggan bahawa anda menggunakan perkhidmatan pengembalian prabayar dan berikan nombor ID Pembaikan daripada e-mel yang anda terima apabila anda meminta penggantian iPad anda.
Apabila kurier tiba, ambil label AWB Pengembalian yang disediakan dan tampalkan pada kotak pengiriman yang anda gunakan untuk membungkuskan iPad anda yang asal.
Pastikan anda mendapatkan bukti pengambilan daripada kurier untuk mengesahkan bahawa anda telah mengembalikan iPad anda yang asal. Apple tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan semasa pengiriman.
Apple akan melepaskan pegangan sementara pada kad anda selepas kami memproses peranti asal anda dan mengesahkan bahawa masalah itu diliputi. Jika peranti asal anda tidak dikembalikan dalam masa 10 hari perniagaan atau didapati tidak layak untuk perkhidmatan disebabkan oleh pengubahsuaian yang tidak dibenarkan atau kerosakan yang teruk, pegangan itu akan dikenakan pada kad anda.
*Servis Penggantian Ekspres ialah manfaat AppleCare yang tersedia di sesetengah negara atau rantau sahaja.