iCloud: Guna iCloud Drive pada komputer atau peranti iOS

Guna iCloud Drive pada komputer atau peranti iOS

Selain daripada menggunakan app iCloud Drive di iCloud.com, anda boleh mengendalikan fail dan folder anda di iCloud Drive pada iPhone, iPad, iPod touch, Mac atau komputer Windows anda. Peranti anda perlu disediakan untuk iCloud Drive dan memenuhi keperluan sistem minimum. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk iCloud.

Pada Mac

  • Klik ikon Finder di Dock, kemudian klik iCloud Drive pada bar sisi Finder untuk melihat semua fail dan folder anda di iCloud Drive. Buka fail, tambahkan fail pada folder, cipta folder baru dan atur semula folder seperti yang biasa anda lakukan di tetingkap Finder. Untuk maklumat lanjut, semasa dalam Finder pada Mac anda, pilih Bantuan > Bantuan macOS, kemudian cari iCloud Drive.

    Untuk menambahkan folder Desktop dan Dokumen Mac, lihat Sediakan iCloud Drive.

Pada komputer Windows

  • Buka File Explorer (Windows 8 atau terkini) atau Windows Explorer (Windows 7), kemudian klik iCloud Drive di bar sisi untuk melihat semua fail dan folder anda di iCloud Drive. Tambah fail pada folder, cipta folder baru dan menyusun semula folder seperti yang anda inginkan pada desktop Windows. Untuk menyalin fail pada komputer anda, seretnya keluar dari iCloud Drive ke desktop.

Anda boleh bekerja dengan fail iCloud Drive anda pada peranti iOS menggunakan app Fail (atau app iCloud Drive pada iOS 10 atau 9). Lihat panduan pengguna iPhone, iPad, atau iPod touch untuk butiran lebih lanjut. Untuk peranti yang tidak dipasang versi terbaharu iOS, anda boleh memuat turun panduan pengguna daripada laman web Manual Sokongan Apple.

Anda boleh Pulihkan fail yang dipadam di iCloud.com dengan menggunakan iCloud Drive di iCloud.com.

Published Date: 10 Apr 2019
Helpful?