Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Lihat rakaman anda pada semua peranti Apple anda
Dengan iCloud, rakaman Memo Suara anda muncul secara automatik dalam Memo Suara pada Mac anda dan peranti iOS dan iPadOS anda yang anda telah mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama.
Pada Mac anda: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID , klik iCloud dalam bar sisi, pilih iCloud Drive, klik Pilihan, kemudian pilih Memo Suara dalam senarai app.
Nota: Memo Suara mungkin tidak kelihatan dalam senarai app jika anda belum membukanya sebelum ini. Buka app, kemudian semak senarai app sekali lagi.
Pada peranti iOS atau iPadOS anda: Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud, kemudian aktifkan Memo Suara.
Jika anda mahu melihat rakaman pada peranti yang anda tidak mendaftar masuk dengan Apple ID sama, anda boleh berkongsi rakaman.
Lihat jugaMainkan rakaman pada Mac