Gunakan bar sisi untuk menavigasi app Apple TV+
![Skrin menunjukkan Apple TV+](https://help.apple.com/assets/65CA5D260014F15D18084389/65CA5D280014F15D1808438F/ms_MY/879db21a14d25f1d5b3b31b18d4dcb7d.png)
Bar sisi dalam app Apple TV+ memberikan anda akses mudah kepada semuanya yang anda mahu tonton.
Navigasi dalam app TV+ menggunakan bar sisi
Apabila penunjuk bar sisi kelihatan di penjuru kiri atas skrin dalam app Apple TV+
, tekan mana-mana yang berikut pada TV pintar atau alat kawalan jauh peranti: butang balik, butang atas atau butang kiri.
Nota: Jika sebelum ini anda telah menavigasi ke kanan, anda mungkin perlu menekan berbilang kali.
Navigasi ke mana-mana item berikut:
Cari: Pilih untuk mencari rancangan TV dan filem mengikut tajuk, pelakon dan kru. Lihat Cari dalam app Apple TV+ pada perkhidmatan kabel atau satelit anda.
Apple TV+: Pilih untuk pergi ke Apple TV+, perkhidmatan penstriman langganan Apple. Lihat Tonton Apple TV+ pada perkhidmatan kabel atau satelit anda.
MLS Season Pass: Pilih untuk pergi ke MLS Season Pass, perkhidmatan penstriman langganan Major League Soccer Apple. Lihat Major League Soccer dalam app Apple TV+.
Pergi ke profil pengguna anda
Anda boleh pergi terus ke profil pengguna anda daripada bar sisi.
Buka bar sisi dalam app Apple TV+
pada penerima kabel atau satelit anda, kemudian pilih profil pengguna di bahagian atas bar sisi.
Pilih akaun anda dalam Seting.