Masukkan teks

Untuk memasukkan teks pada Apple TV, lakukan mana-mana daripada yang berikut:

  • Gunakan kawalan jauh anda: Leret secara melintang pada pad klik atau permukaan sentuh untuk menyerlahkan aksara, kemudian tekan butang tengah pad klik atau permukaan sentuh untuk memasukkan aksara. Tekan butang Main/Jeda pada kawalan jauh untuk bertukar papan kekunci.

  • Gunakan iPhone atau iPad anda: Apabila medan teks kelihatan pada Apple TV, pemberitahuan kelihatan pada iPhone atau iPad anda. Ketik pemberitahuan, kemudian masukkan teks dalam papan kekunci yang kelihatan.

  • Gunakan perencanaan (jika tersedia): Dengan medan teks diserlahkan atas skrin, tekan dan tahan butang Siri/Cari pada kawalan jauh anda, sebutkan perkataan atau aksara yang anda mahu masukkan dalam medan teks, kemudian lepaskan butang.