Senarai main kolaboratif

Koleksi media (seperti lagu atau video) yang dikongsi dengan orang lain untuk bekerjasama. Orang yang mencipta dan berkongsi senarai main dikenali sebagai hos; orang yang dijemput dan menyertai senarai main dikenali sebagai kolaborator. Semua orang boleh menambah, mengeluarkan dan menyusun semula muzik dalam senarai main serta memberi reaksi kepada lagu menggunakan emoji.

Senarai main kolaboratif tersedia dengan langganan Apple Music dalam macOS Sonoma 14.3, iOS 17.3, iPadOS 17.3, tvOS 17.3 (sokongan main balik sahaja) atau lebih baharu.