Dapatkan maklumat tambahan
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Transporter, lihat:
Dalam iTunes Connect di https://itunesconnect.apple.com. Untuk memuat turun maklumat, anda mesti log masuk sebagai pengguna iTunes Connect. Semak dengan wakil rakan kongsi teknikal Apple anda untuk kelayakan iTunes Connect anda.
Dalam App Store Connect di https://appstoreconnect.apple.com. Untuk memuat turun maklumat, anda mesti log masuk sebagai pengguna App Store Connect. Semak dengan developer.apple.com/support untuk kelayakan App Store Connect anda.
Bahagian Hubungi Kami dalam iTunes Connect atau bahagian Sokongan dan Hubungan dalam App Store Connect untuk meminta bantuan teknikal atau memberi maklum balas tentang Transporter.
Spesifikasi pakej: Pergi ke Sumber dan Bantuan dalam iTunes Connect (pilih jenis kandungan anda dan klik Panduan di bahagian atas tetingkap). Untuk penghantaran App Store, pergi ke https://itunespartner.apple.com/en/apps/guides untuk mendapatkan bantuan menyelesaikan masalah pengesahan dan muat naik.