
Baca dan kongsi berita perniagaan dalam Saham pada Mac
Dalam app Saham, anda boleh membaca berita perniagaan yang memacu pasaran. Di negara yang Apple News tersedia, anda juga melihat cerita yang dipilih oleh editor Apple News dan cerita daripada Apple News+.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Apple News+, lihat Langgan Apple News+ dalam News.
Nota: Apple News dan Apple News+ tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.

Baca berita tentang simbol pita
Pergi ke app Saham
pada Mac anda.
Klik simbol pita dalam senarai amatan, kemudian klik tajuk berita untuk melihat cerita penuh.
Di negara yang Apple News tersedia, cerita dibuka dalam app Saham. Di lokasi lain, cerita dibuka dalam Safari atau pelayar lalai anda.
Untuk kembali ke tajuk utama, klik
dalam bar alat.
Baca berita perniagaan teratas hari tersebut
Pergi ke app Saham
pada Mac anda.
Klik Berita Perniagaan di bahagian atas bar sisi, kemudian klik tajuk berita untuk membaca cerita penuh.
Di negara yang Apple News tersedia, cerita dibuka dalam app Saham. Di lokasi lain, cerita dibuka dalam Safari atau pelayar lalai anda.
Untuk kembali ke tajuk utama, klik
dalam bar alat.
Kongsi berita
Nota: Anda boleh berkongsi cerita berita daripada app Saham hanya apabila Apple News tersedia.
Pergi ke app Saham
pada Mac anda.
Semasa membaca cerita tentang simbol pita atau berita perniagaan teratas hari ini, seperti di atas, klik
di bahagian kanan atas, kemudian pilih cara anda mahu berkongsi cerita.
Untuk kembali ke tajuk utama, klik
dalam bar alat.
Simpan cerita ke app News
Simpan cerita ke app News supaya anda boleh melihat atau berkongsinya kemudian.
Apabila anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada semua peranti Apple anda dan mengaktifkan News dalam seting iCloud, cerita yang anda simpan pada Mac anda juga tersedia dalam News pada Apple lain anda.
Nota: Anda boleh menyimpan hanya cerita berita di tempat Apple News tersedia.
Pergi ke app Saham
pada Mac anda.
Semasa membaca cerita tentang simbol pita atau berita perniagaan teratas hari ini, seperti di atas, lakukan salah satu yang berikut:
Klik
di bahagian kanan atas.
Pilih Fail > Simpan Cerita ke Apple News atau tekan Command-S.
Untuk kembali ke tajuk utama, klik
dalam bar alat.
Untuk mengeluarkan cerita daripada cerita disimpan anda semasa membacanya, pilih Fail > Nyahsimpan Cerita atau tekan Command-S.
Untuk melihat cerita disimpan anda kemudian, buka app News, kemudian pilih Cerita Disimpan dalam bar sisi. Lihat Simpan cerita dalam News.