macOS
				Panduan Pengguna Pintasan
- Selamat Datang
- Hak cipta dan tanda dagangan

Pengenalan kepada mengedit pintasan pada Mac
Semasa anda membina koleksi pintasan anda, terdapat beberapa cara anda boleh menyusun dan mengedit pintasan. Anda boleh:
- Susun semula pintasan supaya pintasan yang paling kerap anda gunakan kelihatan dahulu dalam app Pintasan, dalam widget Pintasan pada iOS dan iPadOS, serta pada Apple Watch 
- Duplikasi pintasan dengan cepat untuk digunakan sebagai titik permulaan pintasan baharu 
- Padam pintasan yang anda tidak perlukan lagi 
- Kongsi pintasan dan sesuaikan maklumat pintasan dikongsi supaya tiada data peribadi dikongsi 
- Selaraskan pintasan antara peranti 
- Cipta folder untuk mengatur pintasan ke dalam kategori tersuai 
        Terima kasih atas maklum balas anda.