Adakah sistem pengendalian peranti saya terkini?
Pada iPhone atau iPad: Pergi ke Seting
> Umum, kemudian ketik Perihal. Lihat artikel Sokongan Apple tentang mengemas kini ke versi terkini iOS dan iPadOS.
Pada Android: Pergi ke Seting > Perihal telefon > Maklumat perisian. Lihat artikel bantuan Android tentang mengemas kini ke versi terkini Android pada tapak sokongan Google.
Nota: Pilihan antara muka mungkin berbeza pada versi Android yang berbeza dan pada peranti Android yang berbeza.
Pada Apple Watch: Buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Umum, kemudian ketik Perihal. Lihat artikel Sokongan Apple tentang mengemas kini ke versi terkini WatchOS.
Pada Mac: Klik menu Apple dalam bar menu, kemudian pilih Perihal Mac Ini. Lihat Pastikan Mac anda terkini dalam Panduan Pengguna macOS.