Sediakan Siri pada Mac
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Apple Intelligence & Siri
(atau Siri
) dalam bar sisi.Klik menu timbul “Dengar untuk” (atau aktifkan pilihan “Dengar untuk”), kemudian pilih frasa yang anda mahu sebutkan untuk mula menggunakan Siri.
Ikuti arahan atas skrin untuk selesai menyediakan “Hai Siri” atau “Siri”.
Pilihan: Untuk menambah Siri ke bar menu, klik Bar Menu dalam bar sisi, skrol ke Kawalan Bar Menu, kemudian pilih kotak semak Siri.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Cara menggunakan Siri pada Mac dalam Panduan Pengguna macOS.