StandBy

Ciri yang menukarkan iPhone anda menjadi jam meja sisi katil, bingkai foto, paparan untuk melihat widget atau Aktiviti Langsung dalam skrin penuh dan banyak lagi.

Skrin StandBy iPhone menunjukkan widget Jam dan widget Muzik Ambien

Untuk memulakan StandBy:

  1. Pergi ke app Seting pada iPhone anda.

  2. Ketik StandBy dan pastikan StandBy diaktifkan.

  3. Sambungkan iPhone ke pengecas dan letakkannya di bawah ke sisinya, memastikan ia pegun.

  4. Tekan butang sisi.

  5. Leret ke kiri atau ke kanan untuk bertukar antara widget, foto dan jam. Leret ke atas atau ke bawah untuk skrol antara pilihan bagi setiap paparan ini.

    Untuk mengaktifkan StandBy pada bila-bila masa, ketik skrin, sigung perlahan meja tempat iPhone anda berada, atau minta Siri untuk “Mulakan StandBy”.

Untuk mendapatkan butiran, lihat Gunakan StandBy dalam Panduan Pengguna iPhone.