Dynamic Island

Pada iPhone 14 Pro dan lebih baharu, memaparkan isyarat dan aktiviti semasa sedang dijalankan—seperti pengecaman lagu Shazam, rakaman Memo Suara atau arah daripada Peta—di bahagian atas Skrin Utama atau di bahagian atas app yang aktif.

Semasa Shazam mengenal pasti muzik secara aktif, ikon mikrofon kelihatan dalam Dynamic Island. Anda boleh mengetik Dynamic Island untuk bertukar antara app Shazam dan aktiviti lain.

Shazam tidak merakam atau menyimpan audio yang ia kesan. Lihat Shazam & Privasi dan Dasar Privasi Apple.