Tambah widget Shazam pada Skrin Utama pada Android

  1. Pada peranti Android anda, pergi ke halaman Skrin Utama yang anda mahu tambahkan widget, kemudian sentuh dan tahan latar belakang Skrin Utama.

  2. Di bahagian bawah skrin, ketik Widget, skrol atau cari untuk mencari Shazam dalam senarai app, ketik Shazam, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

    • Sentuh dan tahan widget, kemudian alihkannya ke tempat yang anda mahu widget berada pada skrin.

    • Ketik Tambah.

    Nota: Langkah untuk menambah dan menyesuaikan widget mungkin berbeza pada peranti atau versi Android yang berbeza. Lihat tapak web sokongan Bantuan Android.