CarPlay
Ciri yang membolehkan anda menyambungkan iPhone anda ke CarPlay untuk mendapatkan arah pusingan demi pusingan, membuat panggilan telefon, mendengar muzik, menyemak kalendar anda dan banyak lagi—semuanya daripada paparan kenderaan anda.
Nota: CarPlay tidak tersedia di semua negara atau rantau (lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS).
CarPlay tersedia pada automobil terpilih (lihat tapak web Model Tersedia CarPlay) dan pada sistem navigasi terpilih dalam pasaran.
AMARAN: Untuk mendapatkan maklumat penting tentang mengelakkan gangguan yang boleh membawa kepada situasi berbahaya, lihat Maklumat keselamatan penting untuk iPhone.