Benarkan app Shazam untuk menggunakan lokasi anda

  • Pada iPhone atau iPad: Pergi ke app Shazam , ketik butang Seting di penjuru kanan atas skrin, ketik Lokasi, ketik Lokasi lagi, kemudian pilih pilihan.

    Anda juga boleh menukar seting lokasi dalam Seting  > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi.

  • Pada peranti Android: Pergi ke Seting > Lokasi > Keizinan app, ketik Shazam, kemudian pilih pilihan.

    Nota: Pilihan antara muka mungkin berbeza pada versi Android yang berbeza dan pada peranti Android yang berbeza.