Bantuan Editor Skrip

Selamat Datang ke Editor Skrip

Cipta skrip, alat dan app berkuasa untuk melaksanakan tugas berulang, automasikan aliran kerja yang rumit dan banyak lagi.

Tetingkap Editor Skrip menunjukkan AppleScript yang mencipta dokumen TextEdit baru dan memasukkan teks “Helo daripada Editor Skrip!”.
Kamus AppleScript app Finder.

Lihat perintah penskripan app dan objek

Ketahui perintah dan objek tersedia untuk app sambil anda mencipta skrip anda. Hanya layari kamus penskripan app dengan memilih Fail > Buka Kamus dalam Editor Skrip, kemudian pilih kamus penskripan.

Dialog Eksport menunjukkan klik menu timbul Format Fail dengan Aplikasi dipilih dan pilihan yang anda boleh setkan apabila anda menyimpan skrip anda.

Simpan skrip sebagai app

Selepas anda mencipta dan menguji skrip, simpannya sebagai app yang anda boleh jalankan seperti sebarang app lain. Pilih Fail > Eksport, klik menu timbul Format Fail, kemudian pilih Aplikasi.

Mahu ketahui lebih lanjut? Lihat Lihat kamus penskripan app dan Simpan skrip sebagai app.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.