Perihal kemungkinan jumlah mata

Pada kali pertama anda melakukan salah satu perkara berikut dalam pentaksiran, Schoolwork akan mengesetkan jumlah mata yang mungkin bagi pentaksiran tersebut:

  • Ketik Tandakan sebagai Selesai dalam kad semak

  • Masukkan jumlah secara manual dalam kad semak

Jumlah yang dimasukkan secara manual akan menulis ganti sebarang jumlah mata sebelumnya. Contohnya, jika anda mengetik Tandakan sebagai Selesai dan mengesetkan jumlah mata yang mungkin hingga 10, kemudian memasukkan jumlah 15 dalam kad semakan secara manual, Schoolwork menulis ganti jumlah mata yang sebelumnya dan menggunakan 15 sebagai kemungkinan jumlah mata baru.

Jika anda menukar nilai markah lalai untuk pentaksiran:

  • Selepas menetapkan kemungkinan jumlah mata: Schoolwork mengemas kini skor pelajar tetapi bukan kemungkinan jumlah mata baru.

  • Sebelum menetapkan kemungkinan jumlah mata: Schoolwork mengemaskinikan skor pelajar dan juga jumlah individu mereka.

Nota: Jika anda memberikan skor kepada kerja pelajar dalam pentaksiran, tetapi tidak mengetik Tandakan sebagai Selesai, kad semak setiap pelajar akan memaparkan skor individu daripada jumlah individu mereka. Contohnya, seorang pelajar mungkin menerima 10/10 dan seorang pelajar lain mungkin menerima 15/20.