Imbas dokumen

Apabila anda mengimbas dokumen kertas fizikal, Schoolwork menukar dokumen anda kepada pentaksiran yang boleh anda gunakan sebagai aktiviti tugasan atau pentaksiran baru.

  1. Selepas anda mengetik Imbas Dokumen, letakkan dokumen anda dalam paparan kamera pada peranti anda.

    Jika peranti anda berada dalam mod Auto, dokumen anda akan diimbas secara automatik sebaik sahaja kamera dapat menangkap imej itu. Jika anda perlu menangkap imbasan secara manual, ketik butang Pengatup atau tekan salah satu butang Kelantangan.

  2. Seret sudut untuk melaras saiz dokumen yang diimbas, kemudian ketik Simpan Imbasan.

  3. Imbas halaman tambahan untuk ditambah ke dokumen tersebut, kemudian ketik Simpan apabila anda telah selesai.