Himpunkan tab dalam Safari pada Mac
Anda boleh menyusun tab ke dalam kumpulan yang menjadikannya mudah untuk bertukar antara kumpulan tapak web yang berkaitan.
Cipta Kumpulan Tab daripada tab dalam tetingkap semasa
Dalam app Safari pada Mac anda, klik anak panah bawah bersebelahan butang Bar Sisi dalam bar alat.
Jika bar sisi dibuka, klik butang Tambah Kumpulan Tab dalam bar alat.
Pilih Kumpulan Tab Baharu dengan [nombor] Tab.
Masukkan nama untuk Kumpulan Tab, kemudian tekan Return.
Cipta Kumpulan Tab dengan memilih tab
Dalam app Safari pada Mac anda, klik anak panah bawah bersebelahan butang Bar Sisi dalam bar alat.
Jika bar sisi dibuka, klik butang Tambah Kumpulan Tab dalam bar alat.
Pilih Kumpulan Tab Kosong Baharu.
Masukkan nama untuk Kumpulan Tab, kemudian tekan Return.
Control-klik tab dalam bar tab, pilih Alih ke Kumpulan Tab, kemudian pilih Kumpulan Tab.
Anda juga boleh menyeret tab daripada bar tab ke dalam Kumpulan Tab.
Buka Kumpulan Tab
Dalam app Safari pada Mac anda, klik anak panah bawah bersebelahan butang Bar Sisi dalam bar alat.
Pilih Kumpulan Tab.
Jika bar sisi dibuka, klik Kumpulan Tab dalam bar sisi.
Untuk mempratonton imej kecil tapak web dalam Kumpulan Tab, klik Kumpulan Tab dalam bar sisi, kemudian klik butang Gambaran Keseluruhan Tab .
Edit Kumpulan Tab
Dalam app Safari pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Padamkan tab daripada Kumpulan Tab: Buka Kumpulan Tab, letakkan penuding di atas tab dalam bar tab, kemudian klik butang Tutup di sebelah kiri tab.
Susun tab dalam Kumpulan Tab: Dalam bar tab, seret tab sebelum atau selepas tab lain.
Susun Kumpulan Tab: Dalam bar sisi, seret Kumpulan Tab sebelum atau selepas Kumpulan Tab lain.
Padamkan Kumpulan Tab: Dalam bar sisi, Control-klik Kumpulan Tab, kemudian pilih Padam.
Namakan Semula Kumpulan Tab: Dalam bar sisi, Control-klik Kumpulan Tab, pilih Nama Semula, masukkan nama, kemudian tekan Return.
Pastikan Kumpulan Tab dikemas kini merentas peranti anda
Daftar masuk ke peranti lain anda dengan Apple ID yang sama seperti pada Mac anda.
Aktifkan pengesahan dua faktor pada semua peranti Apple anda.
Lihat artikel Sokongan Apple Pengesahan dua faktor untuk Apple ID.
Petua: Anda boleh e-mel pautan dengan cepat dalam Kumpulan Tab kepada orang lain, seret Kumpulan Tab daripada bar sisi Safari ke mesej e-mel.