Tukar keutamaan Umum dalam Safari pada Mac
Dalam app Safari pada Mac anda, gunakan keutamaan Umum untuk memilih halaman yang kelihatan apabila anda membuka tetingkap atau tab baharu, untuk memilih cara mengendalikan muat turun dan banyak lagi. Untuk menukar keutamaan ini, pilih Safari > Keutamaan, kemudian klik Umum.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Safari buka dengan | Pilih bagaimana setiap sesi Safari bermula: dengan tetingkap baharu, tetingkap peribadi baharu, semua tetingkap daripada sesi terakhir anda, atau semua tetingkap bukan peribadi daripada sesi terakhir anda. Sesetengah pilihan ditunjukkan hanya jika “Tutup tetingkap apabila keluar dari app” dipilih dalam anak tetingkap Umum pada Keutamaan Sistem. | ||||||||||
Tetingkap baharu dibuka dengan | Pilih kandungan tetingkap Safari baharu:
| ||||||||||
Tab baharu dibuka dengan | Pilih kandungan tab baharu:
| ||||||||||
Halaman Utama | Masukkan URL halaman web yang anda ingin gunakan sebagai halaman utama anda, atau klik Setkan ke Halaman Semasa untuk menggunakan halaman aktif semasa. | ||||||||||
Mengeluarkan item sejarah | Pilih bila untuk keluarkan item dari sejarah. | ||||||||||
Tunjukkan Kegemaran | Pilih folder penanda buku yang penanda bukunya anda mahu tunjukkan pada halaman mula dan dalam paparan halaman mula yang muncul di bawah medan Carian Pintar. | ||||||||||
Lokasi muat turun fail | Pilih tempat simpan item yang anda muat turun dari Internet, atau jadikan Safari sentiasa bertanya di mana anda mahu simpan muat turun. | ||||||||||
Mengeluarkan item senarai muat turun | Pilih bila untuk keluarkan item dari senarai. | ||||||||||
Buka fail "selamat" selepas memuat turun | Buka jenis fail yang disenaraikan (tetapi bukan perisian) dalam Safari secara automatik apabila muat turun selesai. |