Tutup tab dalam Safari pada Mac

Apabila anda melayari web atau mengkaji sesuatu subjek, anda boleh mengelakkan tetingkap anda menjadi serabut dengan berbilang tab.

Buka Safari untuk saya

  1. Pergi ke app Safari pada Mac anda.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Tutup tab: Tahan penuding atas tab dalam bar tab, kemudian klik butang Tutup di sebelah kiri tab.

    • Tutup semua tab lain: Control-klik tab yang anda mahu biarkan terbuka, kemudian pilih Tutup Tab Lain.

    • Tutup semua tab di salah satu sisi: Control-klik tab, kemudian pilih Tutup Tab di Sebelah Kanan atau Tutup Tab di Sebelah Kiri.

Jika anda mengklik pautan yang membuka tab baharu, anda boleh menutup tab dengan mengklik butang Balik.