seret dan lepas

Anda boleh seret dan lepas untuk melakukan apa sahaja pada Mac anda: alihkan fail dan folder ke lokasi baru, tambah foto ke mesej e-mel, atau alih ketulan teks dalam dokumen. Anda boleh juga menyeret item ke Dock atau bar sisi tetingkap Finder supaya anda boleh mencapainya dengan mudah.

Untuk menyeret item, pilihnya, kemudian tekan dan tahan tetikus atau trackpad ketika anda menyeretnya ke lokasi baru. Lepaskan untuk menjatuhkan item ke dalam tempatnya.