Touch ID
Ciri pengenalpastian cap jari tersedia pada sesetengah komputer Mac. Touch ID terletak di penjuru kanan atas papan kekunci, bersebelahan Touch Bar atau baris kekunci fungsi, bergantung pada model Mac anda.
Dengan Touch ID, anda boleh membuka kunci Mac anda dan item dilindungi kata laluan, menggunakan Apple Pay untuk membuat pembelian pada web dan beli item daripada iTunes Store, App Store dan Apple Books.
Untuk menggunakan Touch ID, letakkan jari anda padanya. Untuk menyediakan Touch ID, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Touch ID.