Touch ID

Ciri pengenalpastian cap jari tersedia pada sesetengah komputer Mac. Dengan Touch ID, anda boleh buka kunci Mac anda dan item dilindungi kata laluan, gunakan Apple Pay untuk membuat pembelian pada web dan beli item daripada iTunes Store, App Store dan iBooks Store.

Touch ID terletak di penjuru kanan atas papan kekunci, bersebelahan Touch Bar atau baris kekunci fungsi, bergantung pada model Mac anda.

Touch ID, terletak di penjuru kanan atas papan kekunci.

Untuk menggunakan Touch ID, letakkan jari anda padanya. Untuk menyediakan Touch ID, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Touch ID.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Touch ID, lihat artikel Sokongan Apple ini.