Medan Carian Pintar

Medan carian di bahagian atas tetingkap Safari. Anda boleh menggunakan medan Carian Pintar sebagai medan alamat dan medan carian serta sebagai cara mudah untuk pergi ke tapak web kegemaran anda.

Medan Carian Pintar berada di tengah bar alat Safari.

Ini adalah beberapa cara untuk menggunakan medan Carian Pintar:

  • Pergi ke tapak web: Masukkan nama atau URL tapak web.

  • Cari: Masukkan perkataan atau frasa. Semasa anda menaip, Cadangan Safari muncul. Anda boleh memilih cadangan atau tekan Return untuk melaksanakan carian penuh.

  • Pergi ke tapak web kegemaran: Klik medan, kemudian klik ikon tapak web yang anda mahu lawati.

  • Ulang carian: Padam semua teks dalam medan, klik kanta pembesar, kemudian pilih carian terbaharu.