Medan Carian Pintar
Anda boleh menggunakan medan Carian Pintar dalam Safari sebagai medan alamat dan carian dan untuk pergi ke tapak web kegemaran anda.
![Medan Carian Pintar berada di tengah bar alat Safari.](https://help.apple.com/assets/61DC93F5E0C8F948D777EC35/61DC93F5E0C8F948D777EC3C/ms_MY/bcd55300312234c12d9a8fe95bcf5b1a.png)
Ini adalah beberapa cara untuk menggunakan medan Carian Pintar:
Pergi ke halaman web: Masukkan nama atau URL halaman.
Cari: Masukkan perkataan atau frasa. Semasa anda menaip, Cadangan Safari muncul. Anda boleh memilih cadangan atau tekan Return untuk melaksanakan carian penuh.
Pergi ke tapak web kegemaran: Klik medan, kemudian klik ikon tapak web yang anda mahu lawati.
Ulang carian: Padam semua teks dalam medan, klik kaca pembesar
, kemudian pilih carian terbaru.