Medan Carian Pintar

Anda boleh menggunakan medan Carian Pintar dalam Safari sebagai medan alamat dan carian dan untuk pergi ke tapak web kegemaran anda.

Medan Carian Pintar berada di tengah bar alat Safari.

Ini adalah beberapa cara untuk menggunakan medan Carian Pintar:

  • Pergi ke halaman web: Masukkan nama atau URL halaman.

  • Cari: Masukkan perkataan atau frasa. Semasa anda menaip, Cadangan Safari muncul. Anda boleh memilih cadangan atau tekan Return untuk melaksanakan carian penuh.

  • Pergi ke tapak web kegemaran: Klik medan, kemudian klik ikon tapak web yang anda mahu lawati.

  • Ulang carian: Padam semua teks dalam medan, klik kaca pembesar , kemudian pilih carian terbaru.