perisian hasad

Perisian hasad ialah perisian yang berniat jahat yang termasuk virus, cecacing, kuda troy dan program lain yang boleh membahayakan Mac anda atau privasi anda. Perisian hasad boleh dipasang secara tidak sengaja apabila anda membuka lampiran dalam mesej e-mel dan memuat turun item dari tapak web.

Sesetengah perisian hasad hanya mengganggu. Lebih kerap, tujuannya adalah untuk mengawal Mac anda bagi mengumpul maklumat peribadi dan kewangan, hoskan kandungan tidak sah, menghantar spam, atau mengancam komputer lain pada rangkaian.

Elakkan membuka atau memuat turun item dari mesej e-mel dan tapak web melainkan anda yakin yang ia datang dari sumber yang sah dan dipercayai. Jika anda tidak yakin mengenai sumber, padam item itu. Anda sentiasa boleh mendapatkannya lagi kemudian, selepas anda memastikan bahawa ia bukan perisian hasad.