Face ID

Ciri pengecaman muka tersedia pada sesetengah model iPhone. Anda boleh mengesahkan dengan Face ID untuk menyelesaikan pembelian Apple Pay yang anda buat dalam Safari pada Mac anda dan untuk membuka kunci sesetengah item pada iPhone anda.

Untuk menggunakan Face ID, dwiklik butang sisi, kemudian lihat pada iPhone anda.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Face ID, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Face ID pada iPhone atau iPad Pro anda.