Kuki dan data tapak web

Tapak web sering menyimpan kuki dan data lain pada Mac anda. Data ini mungkin termasuk maklumat yang anda telah sediakan, seperti nama anda, alamat e-mel dan seting anda. Data membantu tapak web mengenal pasti anda supaya apabila anda kembali, tapak boleh menyediakan perkhidmatan dan maklumat yang mungkin menarik minat kepada anda.

Anda boleh menukar seting anda supaya Safari sentiasa menyekat atau sentiasa menerima kuki dan data tapak web lain.

  • Pilih Safari > Seting, klik Lanjutan, kemudian pilih atau nyahpilih “Sekat semua kuki”.