kuki dan data tapak web

Tapak web sering menyimpan kuki dan data lain pada Mac anda. Data ini mungkin termasuk maklumat yang anda telah sediakan, seperti nama anda, alamat e-mel dan keutamaan anda. Ia membantu tapak web mengenal pasti anda apabila anda kembali supaya tapak boleh menyediakan perkhidmatan untuk anda dan menunjukkan maklumat yang mungkin menarik minat anda.

Safari menggunakan pembelajaran mesin untuk mengenal pasti pengiklan dan orang lain yang menjejak kelakuan dalam talian anda dan mengeluarkan kuki penjejakan silang tapak dan data tapak web yang ditinggalkannya. Anda boleh menyahaktifkan Pencegahan Penjejakan Pintar supaya Safari sentiasa menerima kuki dan data tapak web, atau anda boleh memilih untuk mengekalkan Pencegahan Penjejakan Pintar aktif.

  • Pilih Safari > Keutamaan, klik Privasi, kemudian pilih “Halang penjejakan silang tapak”.