Kongsi senarai peringatan pada Mac
Anda boleh berkongsi senarai peringatan dalam akaun peringatan iCloud dinaik taraf anda dengan pengguna iCloud lain yang juga telah menaik taraf peringatan mereka. Semua orang yang berkongsi senarai boleh mencipta dan mengedit peringatan dari sebarang komputer atau peranti yang disediakan dengan iCloud. Pemberitahuan tidak dikongsi; anda boleh setkan peringatan untuk mengingatkan anda pada masa atau tempat, tetapi ia tidak akan mengingatkan orang lain.
Selepas anda mula berkongsi senarai peringatan, anda boleh menambah atau mengeluarkan orang, atau berhenti berkongsi senarai dengan sesiapa sahaja.
Nota: Semua ciri Peringatan yang diterangkan dalam panduan ini tersedia semasa menggunakan peringatan iCloud yang dinaik taraf. Sesetengah ciri tidak tersedia apabila menggunakan akaun daripada penyedia lain.
Kongsi senarai
Dalam app Peringatan pada Mac anda, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi.
Pilih senarai peringatan dalam bar sisi, kemudian klik butang Kongsi .
Dalam tetingkap Tambah Orang, pilih cara anda mahu menghantar jemputan anda:
Hantar jemputan menggunakan Mail atau Mesej: Klik Mail atau Mesej, klik Kongsi, masukkan orang yang anda mahu kongsikan senarai, kemudian klik Hantar.
Hantar jemputan menggunakan pautan atau AirDrop: Klik Salin Pautan atau AirDrop, masukkan alamat atau nombor telefon orang yang anda mahu kongsikan senarai, kemudian klik Kongsi.
Orang dijemput mesti menerima jemputan untuk melihat dan mengedit senarai dikongsi.
Tambah orang ke senarai dikongsi
Selepas anda mula berkongsi senarai peringatan, anda boleh menambah lebih ramai orang yang boleh melihat senarai tersebut.
Dalam app Peringatan pada Mac anda, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi.
Pilih senarai peringatan dalam bar sisi, kemudian klik butang Kongsi .
Dalam tetingkap Orang, klik Tambah Orang.
Dalam tetingkap Tambah Orang, pilih cara anda mahu menghantar jemputan anda:
Hantar jemputan menggunakan Mail atau Mesej: Klik Mail atau Mesej, klik Kongsi, masukkan orang yang anda mahu kongsikan senarai, kemudian klik Hantar.
Hantar jemputan menggunakan pautan atau AirDrop: Klik Salin Pautan atau AirDrop, masukkan alamat atau nombor telefon orang yang anda mahu kongsikan senarai, kemudian klik Kongsi.
Keluarkan orang daripada senarai dikongsi
Jika anda tidak mahu lagi berkongsi senarai dengan orang, anda boleh mengeluarkannya daripada senarai dikongsi.
Dalam app Peringatan pada Mac anda, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi.
Pilih senarai peringatan dalam bar sisi, kemudian klik butang Kongsi .
Dalam tetingkap Orang, pilih orang yang anda mahu keluarkan.
Klik butang Pilihan Lanjut di sebelah kanan, kemudian pilih Keluarkan Akses.
Klik Selesai.
Apabila anda mengeluarkan orang daripada senarai dikongsi, senarai dikeluarkan daripada semua peranti orang itu.
Berhenti berkongsi senarai
Jika anda mengubah fikiran tentang berkongsi senarai atau tidak lagi memerlukannya, anda boleh berhenti berkongsinya dengan semua orang.
Dalam app Peringatan pada Mac anda, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi.
Pilih senarai peringatan dalam bar sisi, kemudian klik butang Kongsi .
Dalam tetingkap Orang, klik Henti Berkongsi, kemudian klik Teruskan.
Apabila anda berhenti berkongsi senarai, senarai dikeluarkan daripada semua peranti peserta.